Rabu, 25 Ogos 2021

YTP MARA SCHOLARSHIP

 Hi and assalamualaikum. Hari ni I nak share tentang scholarship mara iaitu YTP MARA. Actually,ytp mara is not a scholarship but more to a loan. Tapi bagi i, YTP ni quite berbaloi la and terms dia pun ok. 

First of all,i akan share tentang how i apply untuk YTP Mara. 

In the middle of May,there was an advertisement about YTP in Mara’s Website and i was in the middle of hunting my own scholarships. Lepasty dekat ads tu,dia ada sediakan pamphlet yang mengandungi maklumat seperti program apa you nak buat and lokasi insititut pengajian. It also shows what kind of SPM achievement that is required for the each programs. 

I pun pegila apply dekat myeduloan. Myeduloan ni website khas untuk YTP scholarship ni. Lama tau gap antara i apply dengan i dapat result.hhuhhuhuuu..

Nanti sepanjang masa you guys tunggu tu,Mara akan email you guys suruh update your infos so kena alert la yee

Akhirnya,beberapa hari lepas result spm 2020 keluar,i dapat mesej dari YTP suruh check myeduloan. So i pun check laa.. Alhamdulillah,I dapat tawaran YTP and what more,i dapat tempat first choice I.hehehe…


Lepastu bermula la episode mengisi dokumen yang agak sukar ye kerana betapa detailnya dokumen dokumen tersebut but no worries. Kejap je serabut.


Ok. Ni i nak share jugak

perbezaan YTP scholarship 2020 and its previous years

Kitaorang ni batch promax di mana masa SPM,negara kita masih dilanda covid-19. Maka pada tahun 2021 ni,kami tidak di-interview ye macam previous batch lain. The things is,we are really lucky sebab tak perlu diinterview hehehe tapi we never know. Maybe in the future,you guys pun tak perlu di-interview…


Ok hope ni membantu you guys.i tak boleh nak reveal lebih-lebih hehhee so any question boleh je drop dekat comment ok.

Jumaat, 28 Mac 2014

Pelik!negara perancis dan jepun DI negara kita???????


Asssalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya...

Bercakap tentang Tajuk diatas,semestinya kita be rasa pelik.yelah kat negara kita mana ada negara perancis dan jepun.tapi ada iaitu bukit tinggi.negara perancis ialah BERJAYA HILLS A FRENCH THEME RESORT. Dan negara jepun ialah JAPANESE VILLAGE. Saya kesana bersama datum,nenek,mummy dan daddy.kami menetap di NORA LODGE. 
Kami menetap di sana selama 3hari 2malam. Perkara pertama kami lakukan ialah memasak makan tengah hari.mestilah ada chef import. Both of chef is from Melaka. Hidangannya ialah sotong Masak kicap,sup sayur,telur goreng dan nasi. Dan berairkan air teh.kemudian semua orang tidur kecuali aku. Aku main game.apabila dady bangun, aku minta untuk menonton movie. Kemudian kami bersiap  ke HUTAN LIPUR LENTANG.
Kami mandi disana selama 30 MINIT. Kemudian kami Balik ke lodge.untuk Masak mkn malam.pada malamnya kami memasak BBQ.sedap... Kemudian kami layan drama at daddy's computer..

Esoknya kami bangun dan bersiap untuk ke.... Japanese village!!!!!masa tu...aku excited sangat..sampai terlompat lompat....Nasib baik x sakit..huhuhuhu....bila dah sampai kat situ,aku dah start jadi Mcm beruk.... Active sangat..walaupun penat kena naik Bukit.bila dah sampai kami pun ken Japanese village...tapi aku je yg pakai...KIMONO! Best...banyak pose yg aku buat.

Apabila Mlm menjelang...pesta makan pun Bermula!!!!macam macam aku mkn..pergghhhh penuh perut aku....kemudian aku pun tidur...

Esok Nya aku bAlik dengan per asan yg gembira!!!!




                                                                     Tamat.....











Ahad, 2 Februari 2014

Berkebun????

Assalamualaikum.

Pada hari Sabtu 1/2/2014,biasa nya orang lain akan gembira apabila bercuti. Namun tidak bagi aku datuk,nenek,mummy,daddy dan Cik Erin. Kami perlu ke kebun kelapa sawit  yg terletak di Kampung Seri Tanjung,Bakri Batu 5 Muar,JDT.  Pada mulanya aku tidak bersetuju, tapi aku terpaksa akur. Perjalanan yg mengambil masa 2jam itu telah diisi untuk berbual sahaja. Kami kesana dengan menaiki:

VIOS = 4 penumpang yg asalnya hanya 3 orang sahaja iaitu : Aku , mummy ,daddy dan nenek.(sebenarnya nenek telah ditinggalkan oleh datuk yg terlebih dahulu sudah pergi ke kebun)

SAGA = 2penumpang yg asalnya hanya 3 orang sahaja iaitu:datuk dan Cik Erin.(mereka berdua  telah meninggalkan nenek dan pergi terlebih dahulu ke kebun)

Di dalam perjalanan sepanjang masa datuk menelefon nenek.misi pertama ialah makan satay dan mee rebus pujaan keluarga rahim dan rosniah.apabila kami sampai,kami sangkakan datuk dan cik Erin sudah memilih tempat.malangnya sangkaan kami meleset,apabila melihat Cik Erin dan datuk masih didalam kereta,tetapi tidak mengapa kami menjumpai kedai yg ada menjual satay.

Seperti biasa kami akan memesan makanan. Kami memesan satay campur,soto, dan mee rebus. Selepas menunggu selama 15 minit hanya satay dan soto sahaja yg sampai. Apabila kami menanyakan mana mee rebus kami, mereka menjawab "maaf,mee rebus belum sampai". Ketika itu kami pun terpaksa pulang. Namun  mummy telah terlihat mee rebus yg dijual di kedai yg lain. Terus kami membeli mee rebus itu. Kemudian perjalanan  ke kebun diteruskan.

Apabila sampai kami mendapat misi kedua iaitu:
MISI KE-2

Kami Akan mengemas kebun.tugas yg diambil secara sukarela ialah

Menyapu dan membakar sampah- aku ,mummy,nenek
Meracun-datuk,cik Erin
Menebas-daddy 

Kami mengambil masa mengemas kebun selama 3jam. Namun semasa mengemas mummy secara automatik mendapat gelaran MAJLIS PERBANDARAN MUAR(MPM) kerana mummy mengemas jalan yg berada di tengah kebun. Kemudian mummy,daddy,datuk,nenek dan cik erin mandi. Namun aku tidak kerana aku tidak mengeluarkan peluh dari badan.

Kami mkn di medan selera yg terletak di PARIT JAWA. Nenek memesan 5 pinggan nasi,6ekor ikan kembung,telur dan sayur. Namun ada orang yg memprotes dan mengatakan "Hish....ingatkan ikan kepala besar rupanya ikan kembung je.."cuba teka siapa orang itu..orang itu mestilah cik erin dan daddy.dari mula mkn hingga habis mkn asyik bercakap tentang asam pedas kepala ikan besar dan yg paling kelakar,daddy asyik mengarut kata nya "kalau ada ikan besar mesti matanya besar bila digigit  memancut mancut air dari mata ikan .huuuuu sedapnya" 

Kemudian kami singgah ke TANJUNG EMAS dan membeli rojak petis yg tidak sedap,rojak buah,buah jambu,tembikai,aiskrim,air tembikai dan air mata kucing. Kemudian kami berkelah ditepi taman permainan kanak kanak. Pada waktu itu datuk sudah muntah muntah. Namun masa mkn datuk berkata "teringin aku nk mkn durian "Apabila terpandang kn durian dihadapkan mata.cik erin berkata"boleh,ayah ambil censo (mesin pemotong kayu) erin pergi potong durian kat depan itu".

Pada saat itu juga meletus ketawa kami. Itulah hari bahagia kami setelah lama tidak berkelah. kemudian kami mengemas tikar itu dan balik.

Terima kasih kepada sesiapa yg telah membaca blog saya. Harap maaf jika ada tersalah,terkasar bahasa.okey bye...


Khamis, 21 November 2013

Cerita Korea :the inheritors.

Korang semua pernah tengok cerita the inheritors?mesti pernah kan....cerita dia boleh tahan sweet lah.jom tengok sinopsis dia....

Tentang Cha Eun Sang yang mulanya tidak tahu bahawa dia bekerja untuk KIM TAN anak majikannya.Cha Eun Sang mula mengenali Kim Tan pada episod Lima. Sementara Choi Young Do Dan Rachel berusaha memisahkan mereka.dapatkah cinta 0.1 ini mekar?tengok je lah 
 

Isnin, 18 November 2013

Pengalaman berbasikal

       Pada hari Isnin yang lalu,saya dan ayah saya pergi berbasikal. Perjalanan itu mengambil masa selama satu jam dua puluh minit. Kami mengayuh sejauh 11.3 km. Perjalanan itu bermula pada pukul 9:10 pagi dan berakhir pada 10:30 pagi. Kami telah melalui banyak kawasan kampung yang cantik. 

       Setelah kami sampai di SUNGAI UDANG,kami mencari tempat selama beberapa minit. Jalan di Sungai Udang ada dua iaitu JALAN BERTAR dan JALAN KAMPUNG. Namun,hajat saya untuk mengayuh hingga ke klinik Ibu saya bekerja tidak kesampaian kerana tidak ingin mengganggu ibu bekerja. Setelah,45 minit mengayuh,akhirnya kami sampai di KAMPUNG DELEK BARU. Keadaan di sana sunyi sepi. Saat itu kami sudah mengayuh sejauh 10 km. Sebelum sampai ke rumah,saya ingin membeli air berkarbonat. Tetapi malang tak berbau,di saat akhir baru saya menyedari    bahawa ayah saya tidak membawa duit. Akhirnya, hancurlah harapan saya untuk minum air berkarbonat. Namun dengan gigihnya saya pulang kerumah.

       Kami sampai dirumah pada pukul 10:30 pagi. Basikal kami agak kotor kerana melalui jalan kampung . Walaupun terpaksa mencuci Basikal,saya berasa sungguh gembira kerana berbasikal dapat menyihatkan badan. Saya harap ayah saya Akan bawa saya berbasikal lagi.

Ahad, 17 November 2013

bandar kanak kanak......

assalamualaikum....

kita bertemu lagi....korang pernah dengar x pasal bandar kanak kanak yang dinamakan........... nama dia rahsia ....kalu rajin tekalah.
nanti ermi bagitahu.perkataan yang dihitamkan ialah perkataan yang masuk kuiz nanti.

ok.bandar ni dia macam,bila masuk dia macam masuk flight.tiket pun tiket flight AIR ASIA. bandar ni ada kelainan.duit dia lain.bahasa pun lain.so,ermi explain pelan2.

KAI mean hai or hello.tangan ditunjukkan 'piece' dan diletakkan di sebelah kanan.ZANK mean thank you or terima kasih.

tempat pertama yang ermi pergi ialah pos laju. i'm being a pos girl.ermi ambil barang dekat  AIR ASIA.best...dapat gaji 10  KIDZOS. and then ermi go to POLICE STATION. di police station kami diberi uni form.kami bekerjasama dengan ahli bomba.juga ermi dapat 10 kidzos.

lepastu saya ke NST AND BH. saya jadi delivery girl.penat...macam tempat saya pergi.banyak lagi tempat saya pergi.KPJ hospital pun pergi.so sampai sini jer jumpa lagi.
 

Jumaat, 15 Februari 2013

KUCING KESAYANGAN

Salam......

korang apa khabar?mcm biasa aku nak cite kat korang.korang ada haiwan kesayangan x? mesti ada punya. mesti ada arnab,kucing,hamster dan lain 2. aku pun ada haiwan peliharaan.dia ialah kucing.nama dia ialah blacky n hagemaru



Aku dah penat layan diaorang


Apa la yang dia orang buat. Hmmmmmmmmm😩