Setelah kami sampai di SUNGAI UDANG,kami mencari tempat selama beberapa minit. Jalan di Sungai Udang ada dua iaitu JALAN BERTAR dan JALAN KAMPUNG. Namun,hajat saya untuk mengayuh hingga ke klinik Ibu saya bekerja tidak kesampaian kerana tidak ingin mengganggu ibu bekerja. Setelah,45 minit mengayuh,akhirnya kami sampai di KAMPUNG DELEK BARU. Keadaan di sana sunyi sepi. Saat itu kami sudah mengayuh sejauh 10 km. Sebelum sampai ke rumah,saya ingin membeli air berkarbonat. Tetapi malang tak berbau,di saat akhir baru saya menyedari bahawa ayah saya tidak membawa duit. Akhirnya, hancurlah harapan saya untuk minum air berkarbonat. Namun dengan gigihnya saya pulang kerumah.
Kami sampai dirumah pada pukul 10:30 pagi. Basikal kami agak kotor kerana melalui jalan kampung . Walaupun terpaksa mencuci Basikal,saya berasa sungguh gembira kerana berbasikal dapat menyihatkan badan. Saya harap ayah saya Akan bawa saya berbasikal lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan